Elly Mazlein Berjaya Terima Tuntutan Nafkah Anak Rm1,500K



Setelah mengharungi jerih perit perkahwinan bersama bekas suami, Elly Mazlein hari ini berjaya menerima tuntutan nafkah anak sulungnya sebanyak RM1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta
kepada anaknya yang kini berada dalam jagaan Elly. Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Che Abdullah Che Hassan selepas mendengar kes terbabit.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan yang paling penting ialah hak anak perempuan saya. Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan anak saya terbela”

“Saya tiada bantahan dengan jumlah nafkah itu selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya. Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung. Saya juga tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan yang terlalu tinggi. Insya-Allah saya sudah boleh tidur lena selepas ini”

“Dan enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini.Peminat saya pun marah apabila laman sosial saya penuh mengenai mereka dan meminta saya agar lupakan sahaja kisah lama itu dan fokus kepada anak dan karier,” katanya kepada m Star Online yang gembira dengan keputusan mahkamah mengenai tuntutan nafkah anaknya.

Sementara itu, Che Abdullah juga turut meluluskan permohonan Elly agar Azmi menyerahkan wang nafkah tersebut melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum ia diserahkan kepadanya. Permohonan itu dilakukan bagi mengelakkan perintah yang yang dikeluarkan gagak dipatuhi oleh bekas suaminya, Azmi Hatta selain memudahkan urusan kedua belah pihak.




Cerita Sana Sini © 2011 Bsyokv2