Pemilik Samsung Galaxy Note 7 Boleh Tukar Baru atau Dapat Bayaran Semula

 Pemilik pra-pesanan Samsung Galaxy Note 7 boleh memilih untuk mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar kepada telefon jenama Samsung yang lain.


Menerusi kenyataan pada Rabu, Samsung Malaysia menggesa pemilik Samsung Galaxy Note 7 untuk segera mematikan peranti mereka.

"Selaras dengan itu pilihan untuk bayaran balik atau penukaran kepada Samsung Galaxy S7edge disediakan kepada pemilik pesanan awal dengan syarat mereka mengembalikan Samsung Galaxy Note7 mereka sewajarnya," kata kenyataan itu.

"Pemilik pra-pesanan dijangka akan dihubungi mulai 13 Oktober 2016 oleh bahagian Khidmat Pelanggan Samsung, pengendali rangkaian mudah alih yang berkaitan atau rakan kongsi runcit yang mengambil bahagian dalam program pembayaran balik atau pertukaran itu," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799.

Samsung Electronics pada Selasa menarik balik dan menghentikan penjualan Samsung Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan kebimbangan masalah keselamatan yang berterusan.
Cerita Sana Sini © 2011 Bsyokv2